1.0 MUQADDIMAH :
ALLAH SWT menyatakan dalam Al-Quran
bahawasanya hendaklah berpegang teguh dengan tali ALLAH dan janganlah
berpecah-belah.Untuk menyatukan umat Islam, antaranya mengimarahkan masjid
/ Surau kerana itulah tempat pertemuan
dan perkara pertama sekali yang Nabi Muhammad SAW lakukan ketika berhijrah ke
Madinah adalah dengan membina masjid.
Firman ALLAH SWT yang bermaksudnya: “Masjid yang dibina atas dasar takwa yang
terawal (binaannya) lebih layak untuk kamu berdiri di dalamnya untuk engkau
melaksanakan solat.” (Surah At-Taubah : 108)
Dahulu, masjid adalah lambang
perpaduan, tempat bermusyawarah, beribadah, merancang strategi perang,
berbicara ekonomi, dan perpaduan. Hadis Nabi Muhammad SAW berbicara mengenai
saf, yang bermaksud: “Hendaklah kamu
rapatkan saf sesama kamu dalam solat, ataupun ALLAH SWT pecah-belahkan hati
kamu.” (Riwayat Imam Al-Bukhari & Imam Muslim)
Surau adalah
rumah Allah iaitu tempat yang paling
penting bagi semua umat Islam dan lambang penyatuan. Begitu juga Surau
Al-Muttaqin merupakan nadi utama untuk guru-guru dan murid-murid.Surau
Al-Muttaqin sentiasa diimarahkan dengan pelbagai
program keagamaan seperti solat zohor berjamaah,Ceramah Agama,kuliah,Kem Bestari
Solat,Tasmi’ Al-Quran,
Karnival Panitia Pendidikan Islam,Majlis Bacaan Yasin
& Solat Hajat Mingguan dan sebagainya.Selain itu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P & P) turut dijalankan di Surau.
Surau yang
kondusif adalah penting untuk mencapai
objektif – objektif program yang dijalankan di surau.Oleh yang demikian,Pihak
Surau dengan kerjasama PIBG senantiasa mencari dana untuk menyediakan kemudahan
prasarana yang lebih baik untuk keselesaan guru dan murid-murid.
2.0 MATLAMAT :
Menjadikan Surau Al-Muttaqin sebagai Surau Imarah
& bertaraf 5 Bintang.
3.0 OBJEKTIF :
3.1 Memberi keselesaan semasa
melaksanakan sebarang program dan aktiviti.
3.2 Menjadi tempat Ibadah yang
mempunyai prasarana yang lengkap dan terbaik.
4.0 RASIONAL :
Keadaan surau yang panas dan ruang
yang terhad menyebabkan keadaan kurang selesa dan mendapat rungutan banyak
pihak.Oleh itu menambah baik kemudahan
prasarana yang lengkap boleh mengundang ramai jemaah untuk datang mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti
dan program .
5.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN NAIK TARAF SURAU :
Penaung: Tuan Haji Abdul Nasir
Bin Haji Jamaluddin (Guru Besar)
Penasihat :
Pn. Noorhasimah Binti Ismail (PK
Pentadbiran)
|
Pn. Hajjah Hamidah Binti Ahmad (PK Hal
Ehwal Murid)
|
Pn. Elyana Binti Ismail (PK KOKO)
|
En. Mohd Norhiesam Bin Ismail (YDP PIBG)
|
Setiausaha I :
|
Pn. Khairiyyah Binti Abdul
Rahman
|
Setiausaha II :
|
Setiausaha II : En. Illmy Bin Haji Omar (TYDP PIBG)
|
Bendahari :
|
En. Abdul Ghani Bin Awang Puteh
|
AJK :
En. Rosfa Nizam Bin Abu Seman
|
En. Marzuki Bin Dahaman
|
En. Mohd. Fouzi Bin Rafie
|
En. Muhammad Noor Bin Othman
|
En. Rosli Bin Abdul Rahim
|
Pn. Nurul Nisa’ Binti Dzulkifli
|
Pn. Zuraini Binti Ismail
|
En. Mohd Sharif Bin Ali (AJK PIBG)
|
En. Azmi Bin Samsudin (AJK PIBG)
|
En. Mohd Sabri Bin Saat (AJK
PIBG)
|
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
01.
|
PENGHAWA DINGIN
|
RM 30,000.00
|
02.
|
PEMASANGAN KARPET
|
RM 28,000.00
|
03.
|
PERLUASAN
SURAU
|
RM 10,000.00
|
04.
|
KECERIAAN
|
RM 2,000.00
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
RM 70.000.00
|
7.0 SUMBER PENDAPATAN
7.1 Sumbangan dari daripada
guru-guru dan waris pelajar SK Seri
Tasek.
7.2 Memohon sumbangan Derma
/Zakat daripada pelbagai pihak termasuk
sektor korprat dan pihak Majlis Raja-Raja Melayu.
8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar
Program Menaiktaraf Surau Al-Muttaqin ini berupaya mencapai objektif yang telah
digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar & guru-guru dalam
meningkatkan syiar Islam.Kerjasama & komitmen yang tinggi amat diharapkan
dalam menjaya program ini.
Disini bermula segalanya...Terima Kasih S/u PIBG,beratus juga surat ditandatangani..& di pos..Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya..
PROJEK PEMBESARAN / PERLUASAN RUANG SOLAT SEBELAH MIHRAB
PROJEK PEMBESARAN / PERLUASAN RUANG SOLAT DAN RUANGAN VIP SEBELAH BILIK PENGURUSAN
PROJEK NAIK TARAF MIHRAB
Asalnya mihrab kosong je..orang penang cakap dogoiii..
Pastu sedikit sentuhan penambahbaikkan
Selepas tu dinaik taraf lagi..beginilah hasilnya..
PROJEK PEMASANGAN AIRCOND
PROJEK PEMASANGAN AIRCOND
Selesai Pemasangan 11 unit Penyaman Udara
PROJEK NAIK TARAF PENTAS INSPIRASI
PEMASANGAN KARPET DISURAU AL-MUTTAQIN
Projek ke (Terkini) 18 Mei 2015
Ketibaan Karpet Dari Kilang di Nilai Negeri Sembilan
Berattt tu..!! hati-hati mengangkat.. Ustaz Fouzi,Cikgu Rafi & Ustaz Rosfa..mana Ustaz Mustaqim ni..hehe mai tolong lekaih..
Yang putih tu kita panggil underlay..sekarang tengah pasang la tu..untuk bagi lembut lagi..bila pijak rasa tenggelam ja kaki tu :)
Kata kontraktor pasang karpet ni..surau kita ni renyah skit nak pasang sebab saff dia senget..Tapi apa pun Alhamdulillah tepat pukul 12 malam selesai kerja-kerja pemasangan karpet..
Buat satu program supaya mrd thn 6 dpt baca wirid slps sembahyang khususnya doa selepas sembahyang.
ReplyDeleteSaya cadangkan buat satu salinan doa yg mudah ringkas(ambik dr bk kafa) lepas sembahyang minta murid baca ramai2. Lana lama depa blh hafal la.
Pengalaman semasa ganti kafa.
ReplyDeleteSembahyang asar bdk drjh 1-3 dah blh baca doa sembahyang ramai2
Buat permulaan buat baner doa gantung d depan
Lepas smbyg suruh mrd baca ramai2
Klau perlu limit doa bgi kpd murid lepas sembahyang kumpul blk nacam surat yasin
Insyallah kami akan usahakan cadangan tuan..t.kasih
ReplyDelete