Friday, 22 May 2015

PELANCARAN PROGRAM JOM INFAQ 5 SEN


PENDAHULUAN :

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya. Surah Ali Imran, ayat :92.

Berinfa’ bermaksud membelanjakan harta untk mendapat keredhaan Allah.Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim “Ada malaikat yang senantiasa berdo’a setiap pagi dan petang : “Ya Allah SWT berilah orang yang berinfak, gantinya. Dan berkata yang lain : “Ya Allah jadikanlah orang yang kedekut  untuk berinfak, kehancuran”. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun.

Berinfaq merupakan amalan yang mulia dan terpuji di sisi Islam. Amalan  ini merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang menjadi ikutan para sahabat baginda dalam membantu keperluan umat Islam atau membiayai program-program yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Idea asal program ini dicetuskan oleh En. Illmy Bin Che Omar,salah seorang Ajk PIBG di mesyuarat AJK PIBG pada penghujung bulan Oktober.Justeru itu,pihak Surau Al-Muttaqin mengambil anisiatif untuk melaksanakan “Program Jom Infaq 5 sen” sebagai usaha mengajak para pelajar untuk bersama-sama menghayati & menghidupkan sunnah baginda yang suka berinfaq.

MATLAMAT :

Membentuk generasi yang suka berinfaq untuk saham di akhirat.

RASIONAL :

Kebanyakkan murid kurang menghargai nilai 0.05 sen.Justeru itu,duit yang mereka anggap tidak bernilai, jika ditabungkan melalui tabung khairat akan mendapat nilaian besar di sisi Allah,walaupun kecil nilainya pada kita,Seperti perpatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.


OBJEKTIF :

1.       Mengamalkan Sunnah Rasulullah.
2.       Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kelebihan berinfaq.
3.       Melahirkan pelajar yang suka bantu membantu.
4.       Menyemai rasa syukur dengan nikmat kurniaan Allah.
        
SASARAN  :

Semua murid dan guru

TARIKH :

Pelancaran : 30 April 2015
Perlaksanaan : 30 April sehingga 31 Oktober 2015

BENTUK PERLAKSANAAN

  1. Guru yang bertugas akan membawa keluar tabung bergerak dan diletakkan  di dewan terbuka.
  2. Guru akan menerangkan kelebihan berinfaq.
  3. Murid-murid boleh menyumbang bila-bila masa yang dikehendaki,samada waktu pagi,rehat atau semasa  P D P diadakan di Surau.
  4. Setiap murid disyorkan menyumbang duit syiling 0.05 sen pada setiap minggu.
  5. Murid boleh juga datang ke Surau dan memasukkan sendiri duit sumbangan mereka di tabung yang disediakan.
  6. Setiap hujung bulan,Pegawai Bahagian Kebajikan akan mengira jumlah sumbangan dan diserahkan kepada bendahari surau.

ANGGARAN PEROLEHAN

RM 0.05 x 637 Murid = RM 31.85 Sen Seminggu                                                                              RM 31.85 Sen x 4 Minggu (Sebulan) = RM 127.40
RM 127.40 X 12 = RM 1,528.80 Setahun

SASARAN PENYALURAN DANA

Segala sumbangan yang diperolehi akan digunakan untuk menampung sebarang program-program dan aktiviti surau,khairat kematian,kebajikan & kecemasan.

PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami,agar segala usaha murni ini dapat melatih dan menyemai rasa ingin berinfaq dikalangan murid sekolah Sek. Keb Seri Tasek.Semoga budaya berinfaq ini dijadikan amalan yang berterusan sehingga akhir hayat.


Gambar Sekitar Majlis Pelancaran.

Pelancaran dilakukan oleh Tn. Haji Abdul Nasir Bin Jamaluddin,Guru Besar SKST..                 Merangkap orang pertama yang menyumbang..Terima Kasih GB.


Semangat PK1 pegang tabung..Semangat lagi KP Pendidikan Islam duk promote Jom Infaq..

Mai lekaih..mai lekaih..berebut saham akhirat..!



Cikgu Azrul dan Cikgu Rosli antara yang merebut peluang berinfaq..tengok tu dalam tabung penuh duit kertas je..Apapun Syukurrr..!!

Ini dia Tabung kekal yang diletakkan di dalam surau..pakat-pakat bagi penuh..




No comments:

Post a Comment