SEJARAH SURAU

Surau ini telah dimasyhurkan dengan nama
"Surau Al-Muttaqin" secara rasminya dan disempurnakan oleh Dato’ Zainal Abidin Bin Osman,Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah pada 29 November 2009.

Seindah  namanya, “Al-Muttaqin”  yang membawa maksud orang yang bertaqwa, diharap dapat merintis jalan dalam melahirkan warga sekolah yang bertaqwa, berilmu dan bersahsiah tinggi.

Surau Al-Muttaqin telah mula beroperasi di bangunan ini pada tahun 2007.Projek naiktaraf kantin lama kepada surau ini adalah anugerah khas dari
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan surau lama yang telah uzur.
Setelah Surau Al-Muttaqin siap dibina,
pengoperasiannya tertangguh hampir setahun kerana tiada peruntukan untuk membiayai semula kos
pendawaian elektrik.
Hasil inisiatif Tuan Haji Abdul Nasir Bin Haji
Jamaluddin,yang merupakan guru besar yang baru berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Tasek telah menggerakkan semula usaha untuk menyalurkan segera bekalan elektrik ke bangunan Surau ini dan melengkapkan keperluaan asas untuk Surau Al-Muttaqin.

Komitmen yang tinggi dari PIBG,dengan pelbagai usaha yang dijalankan telah membuka ruang pelbagai pihak antaranya Pusat Urus Zakat &
syarikat korporat,guru-guru serta waris untuk turut sama menyumbang  kos pendawaian semula elektrik,pembelian 10 unit kipas dinding & sistem siaraya yang nilai keseluruhannya hampir RM 10,000.00.


Surau Al-Muttaqin yang boleh menampung 250 hingga 300 jemaah murid-murid telah beroperasi selama beberapa tahun,
Surau Al-Muttaqin sentiasa diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan seperti Solat Zohor
Berjamaah,Ceramah Agama,Kem Bestari Solat,
Tasmi’ Al-Quran,Karnival Panitia Pendidikan
Islam,Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Mingguan,Uji Bakat Nasyid,Program Amal dan sebagainya. Selain itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P D P) turut dijalankan disini.Namun begitu,keadaan syiling surau yang terlalu rendah menyebabkan kepanasan dan ketidakselesaan masih berlaku,tambahan apabila melibatkan jumlah murid yang ramai.

 Sehubungan dengan itu,pada bulan Februari 2014,Pengurusan Surau Al-Muttaqin dengan kerjasama PIBG telah menggiatkan usaha untuk mencari dana “Tabung Pembangunan Surau “ .

Alhamdulillah sehingga November 2014,RM 60,000 telah berjaya dikumpulkan melalui sumbangan daripada Majlis Raja-raja Melayu,

Yayasan PEKEMA,Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Syarikat Korporat.Dana yang diperolehi telah digunakan untuk pembelian 12 unit penyaman udara,perluasan ruang solat utama,penyediakan ruang menunggu,program imarah & keceriaan serta melengkapkan kelengkapan & kemudahan lain untuk keselesaan murid-murid dan guru. 



Inilah Surau lama yang telah di naik taraf sebagai bilik PIBG


No comments:

Post a Comment