1.0 MUQADDIMAH
Solat berjamaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang
bilangannya 2 orang.Seorang menjadi imam
dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar
pula fadhilat pahalanya.
Mendirikan solat berjamaah dikira menzahirkan
syiar Islam seperti di masjid atau surau, Dalil tentang amat kuatnya tuntutan
berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, bahawa,Rasulullah SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang
yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadis daripada Abu
Hurairah R.A : Ada seorang lelaki buta
telah datang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tidak mempunyai orang yang
boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah
membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah
Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan
di masjid.
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali
berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Solat berjemaah melebihi solat bersendirian
dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Oleh yang demikian,Program Solat Zohor berjemaah
dirancang sebagai satu daripada aktiviti harian Panitia Pendidikan Islam.Program
ini amat perlu bagi menanam dalam diri murid akan kepentingan solat secara
berjemaah.Lebih–lebih lagi solat
berjemaah dewasa ini sangat tidak diambil berat oleh umat islam. Justeru itu
,kami amat berharap agar program ini dapat merealisasikan harapan dan
tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh pihak sekolah kepada kami.
2.0 MATLAMAT :
2.0 MATLAMAT :
Melahirkan generasi yang cintakan solat berjemaah.
3.0 RASIONAL :
Murid-murid
mesti dilatih dan dibimbing menunaikan
tuntutan agama.Mendisiplinkan mereka untuk untuk bersolat berjamaah
dapat membiasakan diri mereka untuk merebut peluang bersolat jamaah dimana saja
mereka berada.Bak kata perpatah melayu “
alah biasa tegal biasa”,permulaannya mungkin sukar,tapi lama kelamaan akan
sebati dalam diri mereka apabila mendengar azan,adalah menjadi kemestian
menyahut panggilan tersebut untuk melangkah kaki ke rumah Allah.
4.0
OBJEKTIF :
4.1 Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada
suruhan-suruhan agama.
|
4.2
|
4.3
|
5.0 SASARAN :
Semua guru,staf dan murid tahun 3,4, 5 dan 6.
6.0 MASA :
HARI
|
KELAS
|
WAKTU
|
ISNIN
|
TAHUN 6
|
1.30 PETANG
|
SELASA
|
TAHUN 6 & 5
|
1.30 PETANG
|
RABU
|
TAHUN 3,4,5 & 6
|
1.30 PETANG
|
KHAMIS
|
TAHUN 6
|
1.30 PETANG
|
7.0 STARATEGI PERLAKSANAAN :
Semua murid tahun 6 akan berkumpul disurau setiap hari isnin hingga khamis pada jam 1.30-2.00 Petang.Manakala murid tahun 5 pada setiap hari selasa dan murid tahun 3,4,5 & 6 setiap hari rabu. Solat Zohor akan dipimpin oleh Imam yang bertugas.
8.0 JAWATANKUASA INDUK / KERJA :
Penaung: Tuan
Haji Abdul Nasir Bin Haji Jamaluddin (Guru Besar)
Penasihat : Pn.
Noorhasimah Binti Ismail (PK Pentadbiran)
Pn. Hajjah Hamidah Binti Ahmad (PK Hal
Ehwal Murid) Pn. Elyana Binti
Ismail (PK KOKO)
JAWATANKUASA KERJA
Penyelaras : Pn. Nooraini Bin Abdullah Setiausaha : Pn. Nor Hayati Bin Mohd Yusof Bendahari : En. Abdul Ghani Bin Awang Puteh
AJK :
En.
Rosfa Nizam Bin Abu Seman |
En.
Mohd Fouzi Bin Haji Rafie |
En.
Rosli Bin Abdul Rahim |
En.
Marzuki Bin Dahaman |
En.
Muhammad Noor Bin Othman |
Pn.
Khairiyyah Binti Abdul Rahman |
Pn.
Nurul Nisa’ Binti Dzulkifli |
Pn.
Zuraini Binti Ismail |
9.0 PENUTUP :
Adalah
diharapkan agar program seumpama ini akan membentuk generasi yang rajin
bersolat jamaah,seterusnya melahirkan generasi yang beriman dan beramal
soleh.Kerjasama dari guru-guru dan murid-murid dalam beristiqamah melaksanakan
program ini akan berupaya mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki.
Gambar Aktiviti Solat Berjamaah di Surau Al-Muttaqin
Kp u hebat
ReplyDeleteAdmin u juga hebat
Ajk u all hebat
Admin ujudkan tazkirah mingguan untuk memdidik jiwa pengikut blog
ReplyDelete