Sempena meraikan ketibaan tetamu yang dinanti-nantikan oleh Ummat Islam..Ramadhan Al-Mubarak.. Ramadhan Syahrul Qur'an,"Ramadhan bulan diturunkan Al-Quran".
Panitia Pendidikan Islam SKST telah menutup tirai hari persekolahan dengan mengadakan
"Program Bacaan Yasin Perdana" pada 29 Mei 2015.
Program ini melibatkan semua murid dari tahun 1-6. Objektif diadakan adalah untuk menyemai rasa cintakan Al-Quran dan seterusnya mengajak murid-murid membudayakan membaca Al-Quran bermula dari sekarang..seterusnya melipatgandakan lagi membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba 2 minggu dari sekarang.
Aktiviti ini kiranya untuk memanaskan "enjin iman" supaya sentiasa tinggi tingkat iman..so bila iman dah ok..bolehla membudayakan membaca Al-Quran bila ada masa terluang di bulan yang mulia nanti...Jom pakat-pakat azam bleh khatam Al-Quran Ramadhan nanti..Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dalam sejarah hidup kita..Semoga Al-Quran memberi syafaat kepada kita..Amien
Tn. Haji Abdul Nasir Bin Haji Jamaluddin,Guru Besar sedang memberikan ucapan sepatah dua kata.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaCR-oPFlY5ddS48SXKsCNi-UFE8fJQXUE9Y7WXgvQ0yZYs0aIGgqxcbOQ4pIAlYx0e0S8a-2OoYagL9GVNZ4o6wU-gKh1cFMDLUnh3YFCkHF349BaXS6tSQuxB2KkQ3wZFqnmoy3Yq2Zm/s320/IMG-20150530-WA0007.jpg)
Ustaz Rosfa Nizam diamanahkan untuk menjadi Khalifah Yasin pada majlis tersebut.
Semua guru mengambil peluang untuk membacakan Surah Yasin
Thn ni harap bila buat majlis berbuka, buatla sama terawih blh kembalikan nistalgia lama
ReplyDeleteCantik sangat tu..tp kena fikirkan pengisian lepas berbuka hingga isya'..
ReplyDeleteTazkirah penceramah jemputan
ReplyDelete