Wednesday, 20 May 2015

KULIAH PERDANA "ISRA' & MIKRAJ "


Alhamdulillah pada hari rabu 20 Mei 2015,bertempat di Surau Al-Muttaqin SKST,telah diadakan Kuliah Perdana selepas dari solat zohor berjamaah.

Program ini diadakan  bertujuan untuk mengingatkan peristiwa Baginda
Rasulullah S.A.W yang diangkat ke Sidratul Muntaha. Di samping memberi pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk  membentuk akhlak murid-murid
dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikon "rule model" dan contoh dalam perjalanan hidup ini.

Diharap program ini dapat  menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan
bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Kecemerlangan
pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu,
berketrampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang
berteraskan Islam.

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam
2. Mewujudkan contoh yang baik kepada murid-murid untuk diikuti
3. Menjana potensi murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
4. Merapatkan hubungan antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam
5. Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah sebagai asas
    perkembangan tamadun manusia

      Sepanjang program tersebut banyak info yang dapat diperolehi oleh murid dan guru.
Antaranya  tentang Israk dan Mikraj, pengorbanan dan kesabaran Rasulullah, sejarah
diwajibkan solat fardhu dan peristiwa yang berlaku sepanjang Israk dan Mikraj.  Melalui
ceramah sebegini diharapkan murid dapat memahami tentang peristiwa dan hikmah  Isra'
dan Mikraj.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Kuliah Perdana  Isra' dan Mikraj :



Ucapan Pengerusi Majlis Ustaz Abdul Ghani Awang Puteh




Penceramah Ustaz Mohd Fouzi Bin Rafie sedang memberikan kuliah beliau.Murid-murid mendengar ceramah dengan penuh perhatian.

4 comments:

  1. Terbaikla SKST..rasanya br 3 tahun tinggalkan SKST..berubah wajah terus surau..berubah colour..Tahniah semua rakan2 guru..Good luck

    ReplyDelete
  2. Lepas ni paggil pula ustaz luar bagi kuliah bulanan kat cikgu2

    ReplyDelete
  3. Lepas ni paggil ustaz luar bagi kuliah bulanan kat cikgu

    ReplyDelete