YDP PIBG


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekalian alam,Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan SAW,Ahli keluarga & para sahabat baginda.

Sekalung Tahniah saya ucapkan kepada Ustazah Nooraini dan semua yang terlibat mengimarahkan Surau Al-Muttaqin.Saya faham untuk melihat keadaan surau sepertimana yang kita lihat hari ini,memang memerlukan usaha dan komitmen serta pengorbanan masa dan tenaga tuan / puan.Saya ucapkan Syabas & terima kasih.Saya bagi pihak PIBG sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keselesaan jemaah guru dan murid-murid.Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang yang terdiri dari Majlis Raja-raja Melayu,sektor korporat dan individu dalam menjayakan segala usaha yang dirancang. Sekalung penghargaan juga tidak dilupakan kepada Timbalan YDP PIBG,En. Illmi Bin Che Omar  dan semua AJK PIBG serta para waris  yang turut sama membantu menjayakan pelbagai aktiviti khususnya gotong royong mengindahkan persekitaran surau. 
Marilah bersama-sama saya,kita bantu,kita sokong dan kita dokong segala usaha murni yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan surau.

Harapan saya agar Surau Al-Muttaqin Terus Di Imarahkan.



En. Norhiesam Bin Ismail  (PJN)
Yang Dipertua PIBG 2015



No comments:

Post a Comment