KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah, dapatlah kiranya saya dan rakan-rakan guru melakukan sesuatu untuk Surau Al-Muttaqin.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah dan PIBG kerana memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan semua aktiviti surau.

Saya juga mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak jawatankuasa pengurusan surau,guru-guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab dan semua guru SKST.Tanpa kalian saya tidak mampu melakukan semua ini..Saya terharu dengan  kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan guru.

Saya doakan segala usaha & keringat tuan-puan di berikan ganjaran setimpal oleh Allah SWT.
Kalau kita lihat rentetan sejarah surau kita,memang menyedihkan,dari bangunan usang di PRA Sekolah,kita berpindah ke tapak baru bekas kantin lama yang ketiadaan bekalan elektrik dan air.

Bermula dari situ usaha demi usaha kita lakukan untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada.

Hari ini, kita syukur sangat-sangat dengan segala apa yang ada..menitis air mata melihat jatuh dan bangun Surau Al-Muttaqin.

Apa pun Terima Kasih sekali lagi untuk kalian semua..

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Ta Qabbal Ya Karim..




Ustazah Nooraini Binti Abdullah
Ketua Panitia Pendidikan Islam






No comments:

Post a Comment