Pada hari Ahad : 17 Mei 2015 (9.00 Pagi- 2.00
Petang) Sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan menceriakan persekitaran Surau Al-Muttaqin. Ramai guru yang terlibat, bantu-membantu antara satu sama lain. Sempoi la cikgu-cikgu SK Seri Tasek..Panggil je mai gotong royong..sure pakat mai turun,..itulah uniknya keakraban cikgu-cikgu disini..PIBG pun turut serta..
Cikgu Azhar bersama Ustaz Faisal sedang menyiapkan laluan Refleksologi
En. Illmi,NYDP PIBG sedang membaiki paip bocor tu
Ustaz Mustaqim bersama guru-guru perempuan menyiapkan laluan Iklim Dini
Amboi..cikgu-cikgu sempat lagi possing ye..
Ustaz Abdul Ghani dan rakan-rakan mengecat tiang-tiang di laluan iklim Dini
Haaa..Ini Cikgu Norhasimah PK1..baru lepas menampal informasi berkaitan Beduk tu..
Cikgu Marzuki,Cikgu Shahril dan Sir Andrian menyiapkan Mercu tanda Taman Firdausi
Ini dia orang kuat Surau,Ustazah Nooraini merangkap KP Pendidikan Islam..Sedang menampal bahan di sudut Informasi
Cikgu Zaiton dan Cikgu Aida khusyukknya menghiasi ruangan
Nindiaa..!! Projek Inovasi kami,.BEDUK ..seni sungguh sentuhan Cikgu Azhar dan Cikgu Shahril.tu belum tengok ketuk-ketuk lagi tu
Haaa..ini Cikgu Norzehan,KP Muzik tu..tak ketinggalan cikgu Ramisah & Cikgu Che Sue duk siapkan bilik wudhuk
Sempoilaa Cikgu Lai..Selamat Datang ke Surau Al-Muttaqin,Cikgu Norzila,Cikgu Rohalina,Cikgu Adila..sibuk menyiapkan bahan untuk ditampalkan
Sibuknya cikgu-cikgu & Kak Piah..kena bahagian makanan ni memang syokk..Cikgu Rosli orang kuat Siaraya Surau Duk bakaq Jenahak
Sekali sekala berkelah tepi kolam ikan cikgu Adrian pun Soodap
Tuu diaa, ni baru makan sungguh..Ustaz Mohammad Noor & Ustazah Nooraini..tinggal serpihan tulang saja.. Seronok betuila cikgu-cikgu yang masak tu..hehe Air tangan cikgu la katakan..
Cikgu Noorhasimah duk layoq Jenahak pulak dah,..
Patutla sedap Air Asam dia..Tangan Cikgu Zaiton yang gaul..
Tambah la lagi cikgu-cikgu..jangan malu-malu
"Terima Kasih Kepada Semua Yang Berhempas Pulas Mencantik & Menceriakan Persekitaran Surau"
Hebat ckgu seri tasek
ReplyDeleteSemua cikgu-cikgu yang mai Seri Tasek adalah anugerah Allah..
ReplyDelete