Saturday, 30 May 2015

PROGRAM BACAAN YASIN PERDANA SEMPENA SELAMAT DATANG RAMADHAN

Sempena meraikan ketibaan tetamu yang dinanti-nantikan oleh Ummat Islam..Ramadhan Al-Mubarak.. Ramadhan Syahrul Qur'an,"Ramadhan bulan diturunkan Al-Quran".
Panitia Pendidikan Islam SKST telah menutup tirai hari persekolahan dengan mengadakan 
"Program Bacaan Yasin Perdana" pada 29 Mei 2015.
Program ini melibatkan semua murid dari tahun 1-6. Objektif diadakan adalah untuk menyemai rasa cintakan Al-Quran  dan seterusnya mengajak murid-murid membudayakan membaca Al-Quran bermula dari sekarang..seterusnya melipatgandakan lagi membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba 2 minggu dari sekarang.

Aktiviti ini kiranya untuk memanaskan "enjin iman" supaya sentiasa tinggi tingkat iman..so bila iman dah ok..bolehla  membudayakan membaca Al-Quran bila ada masa terluang di bulan yang mulia nanti...Jom pakat-pakat azam bleh khatam Al-Quran Ramadhan nanti..Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dalam sejarah hidup kita..Semoga Al-Quran memberi syafaat kepada kita..Amien




Tn. Haji Abdul Nasir Bin Haji Jamaluddin,Guru Besar sedang memberikan ucapan sepatah dua kata.


                                     

Ustaz Rosfa Nizam diamanahkan untuk menjadi Khalifah Yasin pada majlis tersebut.
Semua guru mengambil peluang untuk membacakan Surah Yasin


PROGRAM 1MURID 1PENUNJUK

Tahniah..1 lagi projek rintis inovasi aktiviti surau Al-Muttaqin telah berjaya dilaksanakan.Buat permulaan kelas tahun 4 Maju dijadikan perintis dibawah Ustazah Khairiyyah..insyallah target kita sebelum Ramadhan semua kelas akan memiliki penunjuk setiap seorang.






Sunday, 24 May 2015

PERLANCARAN WEBSITE SURAU & LAMAN SOSIAL FACEBOOK


30 April 2015 - Bertempat di Dewan Terbuka SKST,berlangsungnya majlis pelancaran laman sesawang /blog surau dan laman sosial facebook. Medium ini bakal digunakan untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan surau dan juga perkongsian ilmu..Jangan lupa layarinya..layannnn..!!


Jeng..jeng..jeng..muzik suspen



Motto "Jom Ke Surau " telah dipilih semasa pelancaran tersebut.




Friday, 22 May 2015

PROGRAM IMARAH SOLAT ZOHOR BERJAMAAH


1.0 MUQADDIMAH

Solat berjamaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya  2 orang.Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Mendirikan solat berjamaah dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, bahawa,Rasulullah SAW  pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah R.A : Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadis Riwayat  Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian,Program Solat Zohor berjemaah dirancang sebagai satu daripada aktiviti harian Panitia Pendidikan Islam.Program ini amat perlu bagi menanam dalam diri murid akan kepentingan solat secara berjemaah.Lebih–lebih lagi solat berjemaah dewasa ini sangat tidak diambil berat oleh umat islam. Justeru itu ,kami amat berharap agar program ini dapat merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh pihak sekolah kepada kami.


2.0  MATLAMAT :

 Melahirkan generasi yang cintakan solat berjemaah.

3.0  RASIONAL :

Murid-murid mesti dilatih dan dibimbing menunaikan  tuntutan agama.Mendisiplinkan mereka untuk untuk bersolat berjamaah dapat membiasakan diri mereka untuk merebut peluang bersolat jamaah dimana saja mereka berada.Bak kata perpatah melayu “ alah biasa tegal biasa”,permulaannya mungkin sukar,tapi lama kelamaan akan sebati dalam diri mereka apabila mendengar azan,adalah menjadi kemestian menyahut panggilan tersebut untuk melangkah kaki ke rumah Allah.



4.0  OBJEKTIF :

4.1  Menanam sikap cintakan Allah dan taat kepada suruhan-suruhan agama.
4.2  Melatih murid mendisiplinkan masa dengan baik.         
4.3  Dapat memupukkan keaqraban dan kasih sayang antara guru dan murid.

5.0 SASARAN :

Semua guru,staf dan murid tahun 3,4, 5 dan 6.

6.0 MASA :

HARI
KELAS
WAKTU
ISNIN
TAHUN 6
1.30 PETANG
SELASA
TAHUN 6 & 5
1.30 PETANG
RABU
TAHUN 3,4,5 & 6
1.30 PETANG
KHAMIS
TAHUN 6
1.30 PETANG

7.0  STARATEGI  PERLAKSANAAN  :                                                                                                                                     
Semua murid tahun 6 akan berkumpul disurau setiap hari isnin hingga khamis pada jam 1.30-2.00  Petang.Manakala murid tahun 5 pada setiap hari selasa dan murid tahun 3,4,5 & 6 setiap hari rabu.   Solat Zohor akan dipimpin oleh Imam yang bertugas. 

8.0  JAWATANKUASA INDUK  / KERJA :

Penaung: Tuan Haji Abdul Nasir Bin Haji Jamaluddin (Guru Besar)
Penasihat : Pn. Noorhasimah Binti Ismail (PK Pentadbiran)                                                                                                            
Pn. Hajjah Hamidah Binti Ahmad (PK Hal Ehwal Murid)                                                                         Pn. Elyana Binti Ismail  (PK KOKO)

JAWATANKUASA KERJA                                                                                                        
  Penyelaras  : Pn. Nooraini Bin Abdullah                                                                                                  Setiausaha : Pn. Nor Hayati Bin Mohd Yusof                                                                                                Bendahari  : En. Abdul Ghani Bin Awang Puteh

AJK :

En. Rosfa Nizam Bin Abu Seman
En. Mohd Fouzi Bin Haji Rafie
En. Rosli Bin Abdul Rahim
En. Marzuki Bin Dahaman
En. Muhammad Noor Bin Othman
Pn. Khairiyyah Binti Abdul Rahman
Pn. Nurul Nisa’ Binti Dzulkifli
Pn. Zuraini Binti Ismail
                                                                            

9.0 PENUTUP :

Adalah diharapkan agar program seumpama ini akan membentuk generasi yang rajin bersolat jamaah,seterusnya melahirkan generasi yang beriman dan beramal soleh.Kerjasama dari guru-guru dan murid-murid dalam beristiqamah melaksanakan program ini akan berupaya mencapai  matlamat  dan objektif yang dikehendaki.

Gambar Aktiviti Solat Berjamaah di Surau Al-Muttaqin









LAWATAN PEGAWAI DARI PPDS KE SURAU AL-MUTTAQIN

Kedatangan Ustazah Salmiah  pada 19 Mei 2015 adalah untuk memberi bimbingan penambahbaikan Pertandingan Surau Imarah Peringkat Daerah SPS





Beliau sempat meninjau tapak Projek Inovasi di Taman Firdausi


PELANCARAN PROGRAM JOM INFAQ 5 SEN


PENDAHULUAN :

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya. Surah Ali Imran, ayat :92.

Berinfa’ bermaksud membelanjakan harta untk mendapat keredhaan Allah.Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim “Ada malaikat yang senantiasa berdo’a setiap pagi dan petang : “Ya Allah SWT berilah orang yang berinfak, gantinya. Dan berkata yang lain : “Ya Allah jadikanlah orang yang kedekut  untuk berinfak, kehancuran”. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun.

Berinfaq merupakan amalan yang mulia dan terpuji di sisi Islam. Amalan  ini merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang menjadi ikutan para sahabat baginda dalam membantu keperluan umat Islam atau membiayai program-program yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Idea asal program ini dicetuskan oleh En. Illmy Bin Che Omar,salah seorang Ajk PIBG di mesyuarat AJK PIBG pada penghujung bulan Oktober.Justeru itu,pihak Surau Al-Muttaqin mengambil anisiatif untuk melaksanakan “Program Jom Infaq 5 sen” sebagai usaha mengajak para pelajar untuk bersama-sama menghayati & menghidupkan sunnah baginda yang suka berinfaq.

MATLAMAT :

Membentuk generasi yang suka berinfaq untuk saham di akhirat.

RASIONAL :

Kebanyakkan murid kurang menghargai nilai 0.05 sen.Justeru itu,duit yang mereka anggap tidak bernilai, jika ditabungkan melalui tabung khairat akan mendapat nilaian besar di sisi Allah,walaupun kecil nilainya pada kita,Seperti perpatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.


OBJEKTIF :

1.       Mengamalkan Sunnah Rasulullah.
2.       Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kelebihan berinfaq.
3.       Melahirkan pelajar yang suka bantu membantu.
4.       Menyemai rasa syukur dengan nikmat kurniaan Allah.
        
SASARAN  :

Semua murid dan guru

TARIKH :

Pelancaran : 30 April 2015
Perlaksanaan : 30 April sehingga 31 Oktober 2015

BENTUK PERLAKSANAAN

  1. Guru yang bertugas akan membawa keluar tabung bergerak dan diletakkan  di dewan terbuka.
  2. Guru akan menerangkan kelebihan berinfaq.
  3. Murid-murid boleh menyumbang bila-bila masa yang dikehendaki,samada waktu pagi,rehat atau semasa  P D P diadakan di Surau.
  4. Setiap murid disyorkan menyumbang duit syiling 0.05 sen pada setiap minggu.
  5. Murid boleh juga datang ke Surau dan memasukkan sendiri duit sumbangan mereka di tabung yang disediakan.
  6. Setiap hujung bulan,Pegawai Bahagian Kebajikan akan mengira jumlah sumbangan dan diserahkan kepada bendahari surau.

ANGGARAN PEROLEHAN

RM 0.05 x 637 Murid = RM 31.85 Sen Seminggu                                                                              RM 31.85 Sen x 4 Minggu (Sebulan) = RM 127.40
RM 127.40 X 12 = RM 1,528.80 Setahun

SASARAN PENYALURAN DANA

Segala sumbangan yang diperolehi akan digunakan untuk menampung sebarang program-program dan aktiviti surau,khairat kematian,kebajikan & kecemasan.

PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami,agar segala usaha murni ini dapat melatih dan menyemai rasa ingin berinfaq dikalangan murid sekolah Sek. Keb Seri Tasek.Semoga budaya berinfaq ini dijadikan amalan yang berterusan sehingga akhir hayat.


Gambar Sekitar Majlis Pelancaran.

Pelancaran dilakukan oleh Tn. Haji Abdul Nasir Bin Jamaluddin,Guru Besar SKST..                 Merangkap orang pertama yang menyumbang..Terima Kasih GB.


Semangat PK1 pegang tabung..Semangat lagi KP Pendidikan Islam duk promote Jom Infaq..

Mai lekaih..mai lekaih..berebut saham akhirat..!



Cikgu Azrul dan Cikgu Rosli antara yang merebut peluang berinfaq..tengok tu dalam tabung penuh duit kertas je..Apapun Syukurrr..!!

Ini dia Tabung kekal yang diletakkan di dalam surau..pakat-pakat bagi penuh..




Thursday, 21 May 2015

PROJEK NAIK TARAF SURAU AL-MUTTAQIN


1.0 MUQADDIMAH :

ALLAH SWT menyatakan dalam Al-Quran bahawasanya hendaklah berpegang teguh dengan tali ALLAH dan janganlah berpecah-belah.Untuk menyatukan umat Islam, antaranya mengimarahkan masjid /  Surau kerana itulah tempat pertemuan dan perkara pertama sekali yang Nabi Muhammad SAW lakukan ketika berhijrah ke Madinah adalah dengan membina masjid.

Firman ALLAH SWT yang bermaksudnya: “Masjid yang dibina atas dasar takwa yang terawal (binaannya) lebih layak untuk kamu berdiri di dalamnya untuk engkau melaksanakan solat.” (Surah At-Taubah : 108)


Dahulu, masjid adalah lambang perpaduan, tempat bermusyawarah, beribadah, merancang strategi perang, berbicara ekonomi, dan perpaduan. Hadis Nabi Muhammad SAW berbicara mengenai saf, yang bermaksud: “Hendaklah kamu rapatkan saf sesama kamu dalam solat, ataupun ALLAH SWT pecah-belahkan hati kamu.” (Riwayat Imam Al-Bukhari & Imam Muslim)

Surau adalah rumah  Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam dan lambang penyatuan. Begitu juga Surau Al-Muttaqin merupakan nadi utama untuk guru-guru dan murid-murid.Surau Al-Muttaqin sentiasa diimarahkan dengan  pelbagai program keagamaan seperti solat zohor berjamaah,Ceramah Agama,kuliah,Kem Bestari Solat,Tasmi’ Al-Quran,
Karnival Panitia Pendidikan Islam,Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Mingguan dan sebagainya.Selain itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) turut dijalankan di Surau.
Surau yang kondusif  adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau.Oleh yang demikian,Pihak Surau dengan kerjasama PIBG senantiasa mencari dana untuk menyediakan kemudahan prasarana yang lebih baik untuk keselesaan guru dan murid-murid.


2.0  MATLAMAT :

Menjadikan Surau Al-Muttaqin sebagai Surau Imarah & bertaraf 5 Bintang.

3.0 OBJEKTIF :

3.1 Memberi keselesaan semasa melaksanakan sebarang program dan aktiviti.
3.2 Menjadi tempat Ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap dan terbaik.

4.0 RASIONAL :

Keadaan surau yang panas dan ruang yang terhad menyebabkan keadaan kurang selesa dan mendapat rungutan banyak pihak.Oleh itu menambah baik  kemudahan prasarana yang lengkap boleh mengundang ramai jemaah untuk datang  mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti dan program .


5.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN NAIK TARAF SURAU :

Penaung: Tuan Haji Abdul Nasir Bin Haji Jamaluddin (Guru Besar)

Penasihat : 


Pn. Noorhasimah Binti Ismail (PK Pentadbiran)                                                                                           
Pn. Hajjah Hamidah Binti Ahmad (PK Hal Ehwal Murid)
Pn. Elyana Binti Ismail  (PK KOKO)      
En. Mohd Norhiesam Bin Ismail  (YDP PIBG)

                                                                      
Setiausaha I :
Pn. Khairiyyah Binti Abdul Rahman                      
Setiausaha II :
 Setiausaha II : En. Illmy Bin Haji Omar    (TYDP PIBG)
Bendahari  :
En. Abdul Ghani Bin Awang Puteh

AJK :


En. Rosfa Nizam Bin Abu Seman
En. Marzuki Bin Dahaman         
En. Mohd. Fouzi Bin Rafie                                 
En. Muhammad Noor Bin Othman
En. Rosli Bin Abdul Rahim
Pn. Nurul Nisa’ Binti Dzulkifli
Pn. Zuraini Binti Ismail               
En. Mohd Sharif Bin Ali  (AJK PIBG)
En. Azmi Bin Samsudin  (AJK PIBG)      
En. Mohd Sabri Bin Saat (AJK PIBG)                               


6.0  ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH
01.
PENGHAWA DINGIN
RM 30,000.00
02.
PEMASANGAN KARPET
RM 28,000.00
03.
PERLUASAN  SURAU
RM 10,000.00
04.
KECERIAAN
RM 2,000.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 70.000.00


7.0 SUMBER PENDAPATAN

7.1 Sumbangan dari daripada guru-guru dan waris pelajar SK Seri  Tasek.
7.2 Memohon sumbangan Derma /Zakat  daripada pelbagai pihak termasuk sektor korprat dan  pihak Majlis Raja-Raja Melayu.

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau Al-Muttaqin ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar & guru-guru dalam meningkatkan syiar Islam.Kerjasama & komitmen yang tinggi amat diharapkan dalam menjaya program ini.




Disini bermula segalanya...Terima Kasih S/u PIBG,beratus juga surat ditandatangani..& di pos..Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.. 



PROJEK PEMBESARAN / PERLUASAN RUANG SOLAT SEBELAH MIHRAB




PROJEK PEMBESARAN / PERLUASAN RUANG SOLAT DAN RUANGAN VIP SEBELAH BILIK PENGURUSAN









PROJEK NAIK TARAF MIHRAB


Asalnya mihrab kosong je..orang penang cakap dogoiii..


Pastu sedikit sentuhan penambahbaikkan

                                                                                               

Selepas tu dinaik taraf lagi..beginilah hasilnya..


PROJEK PEMASANGAN AIRCOND





Selesai Pemasangan 11 unit Penyaman Udara



PROJEK NAIK TARAF PENTAS INSPIRASI





PEMASANGAN KARPET DISURAU AL-MUTTAQIN

Projek ke (Terkini) 18 Mei 2015


Ketibaan Karpet Dari Kilang di Nilai Negeri Sembilan



Berattt tu..!! hati-hati mengangkat.. Ustaz Fouzi,Cikgu Rafi & Ustaz Rosfa..mana Ustaz Mustaqim ni..hehe mai tolong lekaih.. 




Yang putih tu kita panggil underlay..sekarang tengah pasang la tu..untuk bagi lembut lagi..bila pijak rasa tenggelam ja kaki tu :)






Kata kontraktor pasang karpet ni..surau kita ni renyah skit nak pasang sebab saff dia senget..Tapi apa pun Alhamdulillah tepat pukul 12 malam selesai kerja-kerja pemasangan karpet..