Friday, 17 July 2015

SAMBUTAN DIAMBANG SYAWAL PENUH KESYUKURAN




Pada 15 Julai 2015,Panitia Pendidikan Islam SKST sekali lagi menganjurkan Program Ambang Syawal 1436H.Program dimulakan pada pukul 10.40 pagi dengan Tazkirah Khas berkaitan adab-adab malam hari raya dan seterusnya berhari raya. 


Tengah suspen menunggu ketibaan penceramah yang tidak asing lagi di SKST..jeng..jeng..jeng




Lebih 700 murid termasuk guru-guru terpegun mendengar  nyanyian nasyid  " Selamat Tinggal Ramadhan"..mendayu-dayu..Kemudian cara penceramah mengulas lirik lagu tu, Sayu je rasa..Ustaz kata "Andai ini Ramadhan terakhir untuk kita,.Adakah puasa kita mampu menjadi peguam bela kita di Padang Mahsyar kelak..?" Tepuk dada tanyalah iman masing-masing..



Simulasi Adab bersalaman dengan ibu bapa..tengok betul-betul caranya..letak tangan ibu di ubun-ubun kita ka atau genggam erat tangan ibu dan ayah,bagi mulut dan hidung kita kena tangan kedua ibubapa .. Selamat Beramal..Jangan tunggu raya je tau..buat hari-hari baru hidup berkat



Wow..!! Serupa artis dah la Ustaz,macam Abang Nazri bekas vokalis RAIHAN.
Mantoopppp..paduan suara..




Yang ni nak bagi berapa bintang plak..nasyid dr Kump. In-team..hehe Cayalah Cikgu Zais (Ketua Panitia Sains) 3 1/2 bintang okeylakan..tak bleh bagi banyak-banyak sangatkan cikgu Norzehan (Cikgu Muzik SKST)..Sempat berkareoke,berduet lagi tu..




Dalam kegembiraan menyambut hari lebaran,tidak dilupakan saudara kita yang kurang bernasib baik.
Oleh itu,murid-murid yatim dan miskin diraikan dengan pemberian duit raya dan sumbangan baju raya.Penyampaian disempurnakan oleh Pn. Hajjah Hamidah Ahmad,PK HEM.


Guru Besar,Tn Haji Abdul Nasir Jamaluddin mewakili semua guru mengucapkan 
"Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin" kepada semua murid SKST



Inilah acara yang ditunggu-tunggu,Slot bersalaman & bermaaf-maafan..
"Selamat Hari Raya Cikgu..Minta Maaf kalau ada salah dan silap kami"


Guru-guru kelas,eh jangan lupa plak stanbye duit raya kat anak-anak murid..
Guru yang x pegang kelas pun,kalau nak bagi duit raya sila-silakan la..





No comments:

Post a Comment