Tuesday, 7 July 2015

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1436 H & BACAAN YASIN PERDANA

Pada 3 Julai 2015,telah berlangsung Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat SK Seri Tasek.

Penurunan Al-Qur'an itu membawa seribu rahmat kepada umat sejagat kerana dengan Al-Qur'an manusia boleh hidup dengan selesa dan selamat.Perkara tersebut antara yang diterangkan dalam Ceramah Khas yang disampaikan oleh Tn. Haji Muhammad Noor Bin Othman,Ketua Panitia Bahasa Arab SKST. 


Tambahnya, Al-Qur'an adalah penawar yang unggul bagi menyembuhkan segala penyakit dan akan melahirkan insan yang dipandang terhormat.Beliau juga menyentuh tentang kepentingan membaca Al-Qur'an dan memahaminya, cara dan teknik yang mudah untuk memahami Al-Qur'an dan sekali gus mempelajari bahasa Al-Qur'an.



Ustaz Mohd Fouzi selaku pengacara majlis cuba mengulas lanjut lagi dari ceramah Tn. Haji Muhammad Noor.  Antara katanya kepentingan membaca Al-Qur'an ialah Al-Qur'an itu akan menjadi syafaat bagi pembacanya di hari kiamat dan mereka yang membacanya akan dianugerahkan sebagai insan terbaik serta akan diangkat darjatnya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.



Ucapan perasmian penutup oleh Tn. Haji Abdul Nasir Bin Jamaluddin.
Antara intipati ucapan beliau yang sempat dipetik.beliau mendoakan dengan keberkatan Al-Quran khususnya surah yasin yang dibaca setiap minggu menerangi hati anak-anak didik SKST, kerana  bila hati dah terang,mudah nak belajar,mudah nak faham dan mudah nak berjaya.



Turut diadakan juga pada majlis tersebut  bacaan Yasin Perdana yang melibatkan murid-murid tahap II.Ustaz Faisal mengetuai bacaan Yasin Perdana & Ustaz Hanis membacakan doa.






No comments:

Post a Comment