Panitia Pendidikan Islam bercadang untuk mengadakan Program Hafazan Doa Selepas Solat.
Program ini adalah respon kepada cadangan En. Rosli Bin Abdul Rahim.
KERTAS KERJA JOM HAFAZ
DOA SELEPAS SOLAT
1.0 MUQADDIMAH
Menurut Ibnu Faris doa dari sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu
kepada anda dengan suara dan kata (Maqayis Al-Lughah). Menurut Ibnu Manzur doa
dari segi asal bahasa ialah menyeru (Lisan Al-‘Arab).
Manakala doa menurut istilah syarak sepertimana
yang didefinisikan oleh al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan
bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang
di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat
kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’)
Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam
al-Khattabi Rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba
dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat
186:
“Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon
kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
Firman Allah lagi di dalam ayat yang lain iaitu
dalam surah Ghaafir ayat 60:
“Dan Tuhan
kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan
berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Terdapat Hadith Nabi s.a.w ada menjelaskan kepada
kita doa adalah permohonan dengan sabda Baginda:
“Kamu telah
memohon dari Allah dengan menyebut nama-Nya yang agung Jika (Allah) diminta
dengannya, Allah akan memberi dan jika (Allah) didoa dengannya, Allah akan
memperkenankannya”. Hadith riwayat Abu Daud.
Definisi di atas juga menjelaskan bahawa doa itu
adalah dambaan seorang hamba agar Allah memberi pertolongan kepadanya. Ini
berasaskan firman Allah swt yang mencela sikap kaum kuffar yang memohon bantuan
selain dariNya.
Oleh yang demikian Program Jom Hafaz Doa Selepas
Solat cuba dilaksanakan untuk mempersiapkan diri setiap pelajar mampu memimpin
bacaan doa untuk dirinya, keluarga & masyarakat.Sesungguhnya manusia yang
bebanyak berdoa adalah manusia yang hampir dengan rahmat Allah. Allah
mengasihi hamba-Nya yang rajin berdoa.
2.0
MATLAMAT
Melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti
& berketrampilan kepada ummah.
3.0 RASIONAL
Murid-murid yang berilmu akan diangkat Oleh Allah SWT.
Masyarakat akan rasa bertuah bila ada didalam masyarakat seorang murid yang
berilmu terutamanya boleh menguasai
doa.Kehadiran mereka dirasai bila anak-anak ini mengimamkan solat dan seterusnya boleh membaca doa
selepas solat .
Dalam keluarga
pula,ibu bapa akan rasa bangga dengan kebolehan anak-anak mereka yang boleh
mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa. Mudah-mudahan doa yang dihafal akan
menjadi benteng kepada mereka untuk
tidak melakukan yang tidak bermoral yang berleluasa masa kini.
Rentetan itu
,program seumpama ini di diadakan demi melahirkan generasi pemimpin yang
sentiasa dekat dengan Allah.
4.0
OBJEKTIF
4.1 Menyakinkan murid doa sebagai alat komunikasi terpenting antara
Allah & makhluk.
4.2 Menjadi Imam solat berjamaah.
5.0 SASARAN
Semua murid Tahap 2 ( Tahun 4-6 )
6.0
TEMPOH MASA
Pelancaran pada 27 Julai 2015 sehingga akhir tahun.
7.0 STARATEGI PERLAKSANAAN
Semua akan murid dari tahun 1 hingga tahun 6 akan diberi peluang menyertai program
ini.Mereka akan menggunakan waktu rehat dan di akhir waktu p D p sekiranya PDP
dijalankan di surau untuk menghafaz doa selepas solat ini yang ditampal didalam
solat.Aktiviti pengukuhan adalah sewaktu solat zohor berjamaah. Selepas
berwirid seorang murid akan mngetuai bacaan doa dan murid yang lain akan
mengikut beramai-ramai.
Murid-murid
akan dinilai bacaan doa oleh panel penilai yang terdiri daripada
guru-guru Pendidikan Islam. Setelah disahkan berjaya,murid akan diberikan sijil
& saguhati dari pihak pengurusan surau semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar pada akhir tahun persekolahan.
8.0 JAWATANKUASA INDUK / KERJA
Penaung: Tuan
Haji Abdul Nasir Bin Haji Jamaluddin (Guru Besar)
Penasihat : Pn.
Noorhasimah Binti Ismail
(PK Pentadbiran)
Pn. Hajjah Hamidah Binti Ahmad (PK Hal
Ehwal Murid)
Pn. Elyana Binti
Ismail (PK KOKO)
JAWATANKUASA KERJA
Penyelaras : Pn. Nooraini Bin Abdullah
Setiausaha
: Pn. Nor Hayati Bin Mohd Yusof Bendahari : En. Abdul Ghani Bin Awang Puteh
AJK :
Bahagian Sijil /
Saguhati : En.
Rosfa Nizam Bin Abu Seman En. Marzuki Bin Dahaman Pn. Nurul
Nisa’ Binti Dzulkifli
Bahagian Promosi
: En.
Mohd. Fouzi Bin Rafie Pn. Zuraini Binti Ismail
Pn. Khairiyyah Binti Abdul Rahman
Dokumentasi :
Cik Noordiana
Binti Abdul Rashid.
Ketua Panel
Penilai :
Tn. Haji Muhammad Noor Bin Othman
Penilai :
Semua
Guru GPI & Bahasa Arab serta AJK Surau yang berkelebihan.
9.0 PENUTUP
Adalah
diharapkan agar program seumpama ini akan membentuk generasi yang boleh
memimpin doa untuk diri sendiri,keluarga dan masyarakat.Kerjasama dari
guru-guru dan murid-murid dalam mempromosi program ini adalah amat-amat
diharapkan supaya mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki.
Disediakan Oleh
:
(NOORHAYATI BINTI YUSOFF)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Islam SKST.
Tarikh :
5 JULAI 2015
Disemak
oleh:
(PN.
NOORAINI BINTI ABDULLAH)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,SK
Seri Tasek.
|