Pada 14 September 2015,bertempat di Dewan Terbuka SKST telah diadakan perhimpunan khas untuk Program Hari Raya Korban.
ALHAMDULILLAH hasil komitmen guru,waris murid & masyarakat setempat
sebanyak RM 5600.00 telah berjaya dikumpulkan.
Ustazah Nooraini Binti Abdullah sedang memberikan Tazkirah bertajuk :
"KORBAN & EIDUL ADHA"
Guru Besar Tuan Hj. Abdul Nasir Bin Hj. Jamaluddin menyempurnakan Pelancaran Dana Korban Ke Kemboja
Seperti biasa Tuan Guru Besar adalah orang pertama menyumbang..
Giliran PK 1 Puan Noorhasimah Binti Ismail
Terima Kasih Puan Elyana Binti Ismail (PK KOKO)
Guru Penyelaras Tahun Enam,Cikgu Norzeila
Cikgu Norzais Ketua Panitia Sains
Tuan Haji Muhammad Noor,Ketua Panitia Bahasa Arab
Cikgu Norzehan Binti Ismail,Ketua Panitia MUZIK
KERTAS KERJA PROGRAM AIDUL ADHA & PELANCARAN
DANA KORBAN KE KEMBOJA 1436 H
MUQADDIMAH
:
Firman Allah SWT;
Maksudnya : Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya
Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu
dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat
Tuhanmu).” (Surah Al-Kauthar : ayat 1-2)
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang
dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain
Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke
sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk
umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan kesabaran anaknya
Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Setiap orang Islam
sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Sebagai tanda syukur & menghayati semangat pengorbanan,Panitia
Pendidikan Islam SK Seri Tasek bercadang untuk melancarkan Program Pelancaran
DANA KORBAN ke KEMBOJA.Program ini akan dibuka kepada semua waris yang berhajat
untuk menjalankan Ibadah korban di Kemboja atau yang ingin memberikan sumbangan
bagi meringankan bebanan kehidupan saudara seagama kita di Kemboja.Pihak
Panitia Pendidikan Islam akan menyerahkan segala sumbangan tersebut kepada PEKDIS
Pulau Pinang sebagai badan yang akan menguruskan segala proses penyerahan dana
& penyembelihan korban di Kemboja.
MATLAMAT
:
Membentuk
generasi yang bersyukur dan taat serta patuh segala perintah Allah .
RASIONAL :
Islam mengajar
ummatnya untuk sentiasa bersyukur dan saling bantu membantu membantu antara
satu sama lain. Umum mengetahui masyarakat Islam di Kemboja hidup dalam serba
kekurangan.Mereka hanya merasai daging pada musim hari raya korban sahaja.Adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi rezeki & kegembiraan hari raya
korban dengan membantu meringankan kesusahan mereka.
OBJEKTIF :
1- Memahami konsep berkorban dalam Islam.
2- Menanamkan dan memupuk sikap bantu-membantu.
3-
Menyemai rasa syukur dengan anugerah-NYA
KUMPULAN
SASAR :
Semua
murid-murid,guru-guru,Staff SKST,AJK PIBG,waris & masyarakat setempat .
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 14 September
2015 / 30 Zulkaedah 1436H
Hari : Isnin
Masa : 8.30
Pagi-9.30 Pagi
Tempat : Dewan
Terbuka SKST.
TENTATIF
PROGRAM
08.30
Pagi Tazkirah “Korban & Eidul Adha”
Oleh Ustazah
Nooraini Bin Abdullah
09.00
Pagi Ucapan Guru Besar
09.15
Pagi Pelancaran Dana
Korban Ke Kemboja.
09.20
Pagi Penyerahan Dana
-Tertakluk
kepada pindaan.
APLIKASI
KEWANGAN
Bil
|
Perkara
|
Jumlah
|
1.
|
Banner &
Fotostat
|
RM 100.00
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
RM
100.00
|
- Sumber Kewangan dari :- Tabung Surau Al-Muttaqin
JAWATANKUASA
INDUK & AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
(Rujuk Lampiran)
PENUTUP
:
Adalah
menjadi harapan agar segala usaha murni ini dapat mencapai matlamat yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya
dan semua warga SKST mendapat impak sewajarnya daripada ALLAH SWT.
Disediakan
Oleh :
………………….
NOORHAYATI BINTI YUSOFF
Setiausaha PAI SKST.
Disemak
Oleh : ………………………
PN. Nooraini Binti Abdullah
Ketua Panitia Pendidikan Islam.
No comments:
Post a Comment