Tuesday, 13 October 2015

SURAU AL-MUTTAQIN DIKUNJUNGI MASTER TRAINER CANADA & ROMBONGAN PPD

Pagi tadi,sekitar pukul 10.00 pagi, Surau Al-Muttaqin menerima kunjungan Mdm Judy Ann Meners,LeapEd Master Trainer bersama-sama dengan  rombongan pegawai-pegawai PPD Selatan.Beliau dibawa melawat surau dan kawasan persekitaran sejurus perasmian pelancaran SK Seri Tasek  sebagai Sekolah Tranformasi.


Turut hadir adalah Puan Teoh Hong Kean,Rakan ELIT Institut Aminuddin Baki wilayah Utara.


Mdm Judy Ann bertanyakan sesuatu kepada Timbalan Pegawai PPD


Beliau mendengar taklimat ringkas dari jawatankuasa pengurusan surau


Tuan Timb. Pegawai PPD sedang menandatangani buku pelawat Surau Al-Muttaqin sambil diperhatikan oleh YDP PIBG SK SERI TASEK.


Mdm Judy Ann sedang mencuba memukul beduk..


Sunday, 11 October 2015

PEGAWAI KHAS PERDANA MENTERI KUNJUNGI SURAU AL-MUTTAQIN


Pada 10 Oktober 2015,Surau Al-Muttaqin telah menerima kunjungan daripada YBhg Dato' Rizal Bin Mansor,Pegawai Khas YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Perdana Ummah bersama rakan beliau Dato' Farid dan yang lain-lain sejurus selepas merasmikan Sukan tahunan SKST kali ke-42.Ahli jawatankuasa Surau Al-Muttaqin berbesar hati dan terharu dengan kunjungan YBhg Dato' & rakan-rakan.


Dato' Rizal Bin Mansor sedang mendengar taklimat ringkas dari Pengerusi Surau Al-Muttaqin,
Puan Nooraini Binti Abdullah.







Dato' Rizal Bin Mansor merasmikan Taman Firdausi dengan memukul beduk yang merupakan Projek Inovasi Surau Al-Muttaqin





Ustaz Mohd Fouzi memberikan penerangan tentang penggunaan Jam Matahari.





Tuesday, 15 September 2015

PELANCARAN DANA KORBAN KE KOMBOJA MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT

Pada 14 September 2015,bertempat di Dewan Terbuka SKST telah diadakan perhimpunan khas untuk Program Hari Raya Korban.
ALHAMDULILLAH hasil komitmen guru,waris murid & masyarakat setempat 
sebanyak RM 5600.00 telah berjaya dikumpulkan.


Ustazah Nooraini Binti Abdullah sedang memberikan Tazkirah bertajuk :
"KORBAN & EIDUL ADHA"






Guru Besar Tuan Hj. Abdul Nasir Bin Hj. Jamaluddin menyempurnakan Pelancaran Dana Korban Ke Kemboja



Seperti biasa Tuan Guru Besar adalah orang pertama menyumbang..



Giliran PK 1 Puan Noorhasimah Binti Ismail



Terima Kasih Puan Elyana Binti Ismail (PK KOKO)



Guru Penyelaras Tahun Enam,Cikgu Norzeila



Cikgu Norzais Ketua Panitia Sains



Tuan Haji Muhammad Noor,Ketua Panitia Bahasa Arab


Cikgu Norzehan Binti Ismail,Ketua Panitia MUZIK











KERTAS KERJA PROGRAM AIDUL ADHA & PELANCARAN DANA KORBAN KE KEMBOJA 1436 H


MUQADDIMAH :

Firman Allah SWT;
Maksudnya : Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah Al-Kauthar : ayat 1-2)

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya  Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Sebagai tanda syukur & menghayati semangat pengorbanan,Panitia Pendidikan Islam SK Seri Tasek bercadang untuk melancarkan Program Pelancaran DANA KORBAN ke KEMBOJA.Program ini akan dibuka kepada semua waris yang berhajat untuk menjalankan Ibadah korban di Kemboja atau yang ingin memberikan sumbangan bagi meringankan bebanan kehidupan saudara seagama kita di Kemboja.Pihak Panitia Pendidikan Islam akan menyerahkan segala sumbangan tersebut kepada PEKDIS Pulau Pinang sebagai badan yang akan menguruskan segala proses penyerahan dana & penyembelihan korban di Kemboja.


MATLAMAT :

Membentuk generasi yang bersyukur dan taat serta patuh segala perintah Allah .

RASIONAL :

Islam mengajar ummatnya untuk sentiasa bersyukur dan saling bantu membantu membantu antara satu sama lain. Umum mengetahui masyarakat Islam di Kemboja hidup dalam serba kekurangan.Mereka hanya merasai daging pada musim hari raya korban sahaja.Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi rezeki & kegembiraan hari raya korban dengan membantu meringankan kesusahan mereka.

OBJEKTIF :

1-      Memahami konsep berkorban dalam Islam.
2-      Menanamkan dan memupuk sikap bantu-membantu.
3-      Menyemai rasa syukur dengan anugerah-NYA


KUMPULAN SASAR :

Semua murid-murid,guru-guru,Staff SKST,AJK PIBG,waris & masyarakat setempat .


BUTIRAN PROGRAM

Tarikh              :           14 September 2015 / 30 Zulkaedah 1436H

Hari                 :           Isnin

Masa               :           8.30 Pagi-9.30 Pagi

Tempat            :           Dewan Terbuka SKST.


TENTATIF PROGRAM

08.30 Pagi                   Tazkirah  “Korban & Eidul Adha”
                                      Oleh Ustazah Nooraini Bin Abdullah
09.00 Pagi                   Ucapan Guru Besar
09.15 Pagi                   Pelancaran Dana Korban Ke Kemboja.
09.20 Pagi                   Penyerahan Dana

-Tertakluk kepada pindaan.

APLIKASI KEWANGAN

Bil
Perkara
Jumlah
1.



Banner & Fotostat

RM 100.00




JUMLAH KESELURUHAN
RM 100.00








  • Sumber Kewangan  dari :- Tabung Surau Al-Muttaqin 


JAWATANKUASA INDUK & AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

(Rujuk Lampiran)


PENUTUP :

Adalah menjadi harapan agar segala usaha murni ini dapat mencapai matlamat  yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya dan semua warga SKST mendapat impak sewajarnya daripada ALLAH SWT.



Disediakan Oleh :                                                                                                
                               ………………….                                                   
                NOORHAYATI BINTI YUSOFF
                        Setiausaha PAI SKST.                                                       

                                     

Disemak Oleh :    ………………………
                 PN. Nooraini Binti Abdullah
              Ketua Panitia Pendidikan Islam.










Friday, 4 September 2015

Majlis Bacaan Yasin UPSR 2015.."Ya Allah Perkenankanlah Doa Kami"


ALHAMDULILLAH..MAJLIS BACAAN YASIN UPSR 2015 BERJALAN DENGAN LANCAR.





Tuan Haji Abdul Nasir Jamaludin (Guru Besar) memberikan ucapan aluan.



Tuan Haji Muhammad Noor Mengimamkan Solat HAJAT.




Murid lelaki & perempuan bersama waris membentuk Halaqah sebelum bacaan Yasin,
Majlis diketuai oleh Khalifah Yasin Ustaz Rosfa Nizam Abu Seman.



DOA UNTUK CALON UPSR 2015

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan
Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa saudara mara kami,
dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di
akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah
apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah
yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati para pelajar kami untuk mempelajari ilmu
Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka
lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka
memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika
mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Peliharalah kesihatan pelajar-pelajar kami. Permudahkanlah mereka menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan
kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati
mereka untuk menjawab setiap soalan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba
Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada
Mu.
Jadikanlah pelajar-pelajar kami pelajar yang cemerlang ya
Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak para pelajar kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang
dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat
mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat
mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah para pelajar kami pemimpin
di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

Ya Allah,
Jadikanlah pelajar kami pelajar yang soleh ya Allah. Yang
menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah.
Jadikanlah para pelajar kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat.
Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara
perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon
kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi
yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar
doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya.
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin






YA ROBBAL A'ALAMIN..


Monday, 10 August 2015

PROGRAM JALINAN UKHUWWAH AIDILFITRI 1436H CUKUP MERIAH

 Buat julung-julung kalinya Surau Al-Muttaqin SK Seri Tasek bersama PIBG menganjurkan "Program Jalinan Ukhuwwah Aidilfitri 2015"
 Pada hari Jumaat,7 Ogos 2015 dengan penuh kemeriahan & persaudaraan.


MUQADDIMAH PROGRAM :

Dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani RA yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya merapatkan silaturrahim, bersedekah dan lain-lain lagi.

MATLAMAT :

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan Silaturrahim diantara semua warga sekolah samaada guru,staff sokongan ,ajk PIBG,pekerja swasta serta murid-murid sekolah.

RASIONAL :

Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Seri Tasek selain daripada aktiviti-aktiviti lain.Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hotmat menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

OBJEKTIF :
1-     Mengingati dan menghayati Hari raya aidil fitri
2-     Menanamkan dan memupuk minat mencintai hari kebesaran islam.
3-     Menghubungkan silaturahim dan bermaafan diantara warga sekolah sempena hari raya.

KUMPULAN SASAR :
Semua murid-murid,guru-guru,Staff SKST, AJK PIBG dan Pekerja Kebersihan .


BUTIRAN PROGRAM

Tarikh                   :         7 Ogos 2015 / 22 Syawal 1436H
Hari                      :         Jumaat
Masa                   :         9.00 Pagi-12.00 T/Hari
Tempat               :         Perkarangan Surau Al-Muttaqin SKST.


TENTATIF PROGRAM

08.15 Pagi            Bacaan Yasin Perdana
09.00 Pagi            Ucapan Guru Besar
09.15 Pagi            Ucapan YDP
09.15 Pagi            Jamuan

-Tertakluk kepada pindaan.


APLIKASI KEWANGAN



·        Sumber Kewangan  dari :-

- PIBG RM 1000.00,Surau Al-Muttaqin RM 2000.00,Guru-guru RM 500.00,
  Derma Waris RM 1600.00.

PENUTUP :

Adalah menjadi harapan agar segala usaha murni yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya dan semua warga SKST mendapat impak sewajarnya daripada ALLAH SWT.




 PERSIAPAN SEHARI SEBELUM MAJLIS ( 3.00 Petang 6 Ogos 2015 )

Guru-guru bertungkus lumus,bergotong royong menyediakan juadah seperti rendang,ketupat dan lain-lain






Jaga-jaga Tuan Guru Besar,baju cantik tue...sat lagi merecit 






Pn. Norhasimah (PK 1) sedang melayoq daun pisang..lama betul tak makan ketupat daun pisang ni..






Yang ni plak group mengisi,menggulung & mengikat ketupat daun pisang..



Kesibukan Guru-guru bahagian Keceriaan sedang menyiapkan ketupat,.tipu..tipu hehe



Saya perkenalkan Ketua Chef Pn. Nooraini Abdullah..


Yang ni plak Pn. Khairiyyah Abdul Rahman..Timb Ketua Chef..hehe Ramai Chef kat SKST ni..





Cikgu Zuraini Ketua Bahagian keceriaan Surau, bersama Cikgu Elyana (PK KOKO) Cikgu Rohalina & Cikgu Mawarni memastikan persekitaran khemah ceria.












Tang sini rupanya depa duduk..Berehat minum petang.. :)


 

 Cikgu Azhar..sorang je ke susun meja tu..


PADA 7 OGOS 2015 (SEKITAR MAJLIS JALINAN UKHUWWAH AIDILFITRI)




















Ustaz Rosfa bersama Pn Hajjah Hamidah Ahmad PK HEM




Sapa punya tea tarik dengan roti canai ni...





Buat Doa selamat ke Cikgu Fadli..ini adalah bilik penyediaan..


Cikgu Siti Hawani (SU PIBG) dengan  Cikgu Norhashimah dan Cikgu  Che Tom (Cikgu LINUS)
"Selamat Menjamu Selera"





Cikgu Lai,Cikgu Adilah,Cikgu Norzehan & Cikgu Aida, Sebelah kanan tu Cikgu Mawarni & Cikgu Syakira




Cikgu Zaiton bersama Ustazah Diana & Ustazah Norhayati serta Cikgu Nisya



Terima kasih penuhi undangan kami Pn Syuhada (AJK WARIS PIBG)



















Ustaz Abdul Ghani sedang melayan Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Selatan




Yang Manis-manis ni cikgu-cikgu praktikal dari I4P 




Yang ni plak Group Panitia Bahasa Inggeris

















Tuan Haji Abdul Nasir sedang mendendangkan lagu raya 1 hari di hari raya (M.Nasir)