Tuesday, 13 October 2015

SURAU AL-MUTTAQIN DIKUNJUNGI MASTER TRAINER CANADA & ROMBONGAN PPD

Pagi tadi,sekitar pukul 10.00 pagi, Surau Al-Muttaqin menerima kunjungan Mdm Judy Ann Meners,LeapEd Master Trainer bersama-sama dengan  rombongan pegawai-pegawai PPD Selatan.Beliau dibawa melawat surau dan kawasan persekitaran sejurus perasmian pelancaran SK Seri Tasek  sebagai Sekolah Tranformasi.


Turut hadir adalah Puan Teoh Hong Kean,Rakan ELIT Institut Aminuddin Baki wilayah Utara.


Mdm Judy Ann bertanyakan sesuatu kepada Timbalan Pegawai PPD


Beliau mendengar taklimat ringkas dari jawatankuasa pengurusan surau


Tuan Timb. Pegawai PPD sedang menandatangani buku pelawat Surau Al-Muttaqin sambil diperhatikan oleh YDP PIBG SK SERI TASEK.


Mdm Judy Ann sedang mencuba memukul beduk..


Sunday, 11 October 2015

PEGAWAI KHAS PERDANA MENTERI KUNJUNGI SURAU AL-MUTTAQIN


Pada 10 Oktober 2015,Surau Al-Muttaqin telah menerima kunjungan daripada YBhg Dato' Rizal Bin Mansor,Pegawai Khas YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Perdana Ummah bersama rakan beliau Dato' Farid dan yang lain-lain sejurus selepas merasmikan Sukan tahunan SKST kali ke-42.Ahli jawatankuasa Surau Al-Muttaqin berbesar hati dan terharu dengan kunjungan YBhg Dato' & rakan-rakan.


Dato' Rizal Bin Mansor sedang mendengar taklimat ringkas dari Pengerusi Surau Al-Muttaqin,
Puan Nooraini Binti Abdullah.







Dato' Rizal Bin Mansor merasmikan Taman Firdausi dengan memukul beduk yang merupakan Projek Inovasi Surau Al-Muttaqin





Ustaz Mohd Fouzi memberikan penerangan tentang penggunaan Jam Matahari.