Monday, 10 August 2015

PROGRAM JALINAN UKHUWWAH AIDILFITRI 1436H CUKUP MERIAH

 Buat julung-julung kalinya Surau Al-Muttaqin SK Seri Tasek bersama PIBG menganjurkan "Program Jalinan Ukhuwwah Aidilfitri 2015"
 Pada hari Jumaat,7 Ogos 2015 dengan penuh kemeriahan & persaudaraan.


MUQADDIMAH PROGRAM :

Dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani RA yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya merapatkan silaturrahim, bersedekah dan lain-lain lagi.

MATLAMAT :

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan Silaturrahim diantara semua warga sekolah samaada guru,staff sokongan ,ajk PIBG,pekerja swasta serta murid-murid sekolah.

RASIONAL :

Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Seri Tasek selain daripada aktiviti-aktiviti lain.Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hotmat menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

OBJEKTIF :
1-     Mengingati dan menghayati Hari raya aidil fitri
2-     Menanamkan dan memupuk minat mencintai hari kebesaran islam.
3-     Menghubungkan silaturahim dan bermaafan diantara warga sekolah sempena hari raya.

KUMPULAN SASAR :
Semua murid-murid,guru-guru,Staff SKST, AJK PIBG dan Pekerja Kebersihan .


BUTIRAN PROGRAM

Tarikh                   :         7 Ogos 2015 / 22 Syawal 1436H
Hari                      :         Jumaat
Masa                   :         9.00 Pagi-12.00 T/Hari
Tempat               :         Perkarangan Surau Al-Muttaqin SKST.


TENTATIF PROGRAM

08.15 Pagi            Bacaan Yasin Perdana
09.00 Pagi            Ucapan Guru Besar
09.15 Pagi            Ucapan YDP
09.15 Pagi            Jamuan

-Tertakluk kepada pindaan.


APLIKASI KEWANGAN



·        Sumber Kewangan  dari :-

- PIBG RM 1000.00,Surau Al-Muttaqin RM 2000.00,Guru-guru RM 500.00,
  Derma Waris RM 1600.00.

PENUTUP :

Adalah menjadi harapan agar segala usaha murni yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya dan semua warga SKST mendapat impak sewajarnya daripada ALLAH SWT.




 PERSIAPAN SEHARI SEBELUM MAJLIS ( 3.00 Petang 6 Ogos 2015 )

Guru-guru bertungkus lumus,bergotong royong menyediakan juadah seperti rendang,ketupat dan lain-lain






Jaga-jaga Tuan Guru Besar,baju cantik tue...sat lagi merecit 






Pn. Norhasimah (PK 1) sedang melayoq daun pisang..lama betul tak makan ketupat daun pisang ni..






Yang ni plak group mengisi,menggulung & mengikat ketupat daun pisang..



Kesibukan Guru-guru bahagian Keceriaan sedang menyiapkan ketupat,.tipu..tipu hehe



Saya perkenalkan Ketua Chef Pn. Nooraini Abdullah..


Yang ni plak Pn. Khairiyyah Abdul Rahman..Timb Ketua Chef..hehe Ramai Chef kat SKST ni..





Cikgu Zuraini Ketua Bahagian keceriaan Surau, bersama Cikgu Elyana (PK KOKO) Cikgu Rohalina & Cikgu Mawarni memastikan persekitaran khemah ceria.












Tang sini rupanya depa duduk..Berehat minum petang.. :)


 

 Cikgu Azhar..sorang je ke susun meja tu..


PADA 7 OGOS 2015 (SEKITAR MAJLIS JALINAN UKHUWWAH AIDILFITRI)




















Ustaz Rosfa bersama Pn Hajjah Hamidah Ahmad PK HEM




Sapa punya tea tarik dengan roti canai ni...





Buat Doa selamat ke Cikgu Fadli..ini adalah bilik penyediaan..


Cikgu Siti Hawani (SU PIBG) dengan  Cikgu Norhashimah dan Cikgu  Che Tom (Cikgu LINUS)
"Selamat Menjamu Selera"





Cikgu Lai,Cikgu Adilah,Cikgu Norzehan & Cikgu Aida, Sebelah kanan tu Cikgu Mawarni & Cikgu Syakira




Cikgu Zaiton bersama Ustazah Diana & Ustazah Norhayati serta Cikgu Nisya



Terima kasih penuhi undangan kami Pn Syuhada (AJK WARIS PIBG)



















Ustaz Abdul Ghani sedang melayan Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Selatan




Yang Manis-manis ni cikgu-cikgu praktikal dari I4P 




Yang ni plak Group Panitia Bahasa Inggeris

















Tuan Haji Abdul Nasir sedang mendendangkan lagu raya 1 hari di hari raya (M.Nasir)